Sunday 3 November 2013

Seongsan Ilchulbong (Sunrise Peak), Jeju Island

Second last day kat Korea Selatan (dah nak last day? tetiba.. dasar pemalas), misi kami kali ini adalah untuk mendaki menuju puncak Seongsan Ilchulbong untuk menyaksikan matahari terbit.

Gigih! 

5.30 pagi!

Kami pun menapak ke arah Seongsan Ilchulbong ni, wahal sorang pun tak tahu arah mana nak ikut. Jalan sket depan hotel nampak Ahjumma tengah berjalan dalam gelap.

"Makcik, Seongsan Ilchulbong?" Since dorang tak pandai BI buat apa nak speaking bagai kan...

Dah sampai kat gate, kasi ketuk sket cermin tu sebab staff die macam membuta je kat dalam tu.

Hwaiting!!!

Gambar gegor di pagi hari
Kami follow trail yang menegak, bukan apa, tengok semua orang Korea ikut trail tu kami pun follow je.

Akhirnya sampai jugak kat puncak. Pagi ni tak ramai orang.. Mungkin rombongan bas-bas tour belum sampai.

See, takde orang kan...(gambar repeat dr last entry nih)
Gambar dari arah yang berbeza
Lepas duduk 10 minit, hujan!!!

Semua orang bergegas turun. Hujan makin lebat, so terpaksa redha je basah. Kamera balut dengan sweater, gulung-gulung masuk dalam baju.

Berlari dalam hujan, bukan kami.. Kami turun lenggang kak limah.
Hasil mandi hujan.
Kenkonon nak lepak lama-lama kat atas layan matahari terbit tak menjadi, kami lepak-lepak minum kat Dunkin Donut. Tunggu punya tunggu, hujan pun berhenti.

Dan walahhhh!!!

Canteeeekkkkknyeerrrrrrrrr!!!!!


 
Kak Limah dengan baju dan seluar yang basah
Pusing-pusing dua tiga round ambik gambar berguling-guling. Kami pun nak beransur balik ke hotel, tukar baju yang basah. Kami dah berjanji dengan teksi tour pukul 9.30 pagi.

Gambar ambik masa nak balik ke hotel. pagi tadi tempat ni gelap betul, siap ada anjing 3 ekor dok menyalak-nyalak.
Bersedia untuk pergi kerja
Pagi di Seongsan Ilchulbong
Belakang rumah orang
Walaupun staff & servis hotel ni macam hampeh, tapi kami dapat bilik view ini! 
Next year nak kurangkan melancong, nak fokus kepada trip mega 2014.

Eh, mega ke????

Wednesday 9 October 2013

Catatan Ringkas

Terasa lama tak update. Bukan apa, malas yang sangat-sangat malas. But, as a journal to myself, ini adalah catatan untuk mingu-minggu yang sudah.


Ada hal ke Jakarta. Hari-hari makan ayam bakar....yahuuu!!


Train ke Bandung. Trip Jakarta-Bandung kali ni tak bawak kamera. Snap je pakai apa yang sempat dicapai.

Then, trip ke Korea Selatan. Pegi 6 hari je, tapi semua tempat nak pegi, sudahnya berlari-lari kejar flight kat Gimpo. Kaki kiri sakit, dah lega kaki kiri, kaki kanan pulak sakit. Tambah pulak bila ada yang komen kat gambar kata aku gemuk... Sakit ati...huhu

Ini apa yang aku buat di Korea Selatan..

Berpadlock di Seoul Tower


Ber 2 days 1 night di KBS (semata-mata cari board ni, ni je cerita korea yang aku tgk..  
Hahh? Running man tu apa??)


BerZip Wire ke Nami Island.



BerBoys Over Flowers di English Village (Aku tengok 2 episod kat youtube sehari sebelum flight ke Korea)


Bermandi hujan di Mt Sorak.


Baju yang basah lenjun tadi dah kering sambil jalan-jalan Autumn in my Heart di Abai Village. 


Mendaki sampai nak putus urat saraf ke Seongsan Ilchulbong


 Gosok perut yang lapar di Jeju Folk Village.



Kesimpulannya, orang Korea ni jimat air ke hapa?? Busuk ya amat! Kalau masuk tren mesti bau bangkai!

Nak pengsan bau busuk dalam tren... Hmmmm, sakit kaki sebenarnya...huhu

3 hari lepas balik dari sana, dapat mesej dari kawan setrip.

"Arini pegi course naik train, tapi tak busuk macam Korea"

Kesimpulannya, Malaysia tetap dihati. 

**Makan kimchi sambil bayangkan sambal ikan bilis, I cannot tahan wooo....

Wednesday 11 September 2013

Kingdom of Cambodia - Part 12

Bersambung dari Part 11

Hari ni hari last. Homesick sangat. Rindu kucing-kucing (walaupun aku tau dorang tak peduli pun kat aku) dan yang pasti rindu nasik lemak.

Tapi flight kami malam, so hari ni kami ada whole day nak jalan-jalan. Harini kami suruh driver tuktuk datang lewat sket sebab kami nak jalan-jalan kat bandar Siem Reap ni. Tanak dah naik beskal. Jiwa kental je naik beskal kat sini. Tapi pagi-pagi ni trafik tak la teruk sangat. Orang masih tidur lagi kot sebab hari Ahad.

Jambatan semalam versi siang hari
Hotel tepi sungai

Lepas tu kami singgah lagi Art Center, last minute shopping katanya. Susah jugak nak cari FM or keychain yang takde pengaruh temple-temple. Tapi nak buat macam mana memang tempat-tempat tu je yang fames. Dah tu takkan nak bagi kawan-kawan or famili kita gambar temple kan? Eh, ntah la. Opinion masing-masing. Aku jumpa jugak la souvenir berimage bendera Kemboja. Mahal sket la dari yang biasa. Takde choice tapi...

Pastu balik hotel dan check out. Sementera tunggu tuktuk kami yang sampai sudah tak tau nama tu kami pegi simpan beg kat lobi hotel.

Driver tuktuk dah sampai tu kami pegi lunch dekat restauran yang sama untuk 3 hari berturut-turut. Tapi since kami dah check out so tak boleh la tapau lagi. Makan je kat situ.

Lembu import dari gunung berapi kat mana ntah, Indonesia barangkali. Tapi bukan lembu, lambu..hehehe

Ada free wifi tapi kena mintak password dulu
Dari luar restoren pas abes makan. Tunggu Ida pegi kedai runcit kat sebelah
Kawasan luar restoren. Masjid di hujung sana.
Lepas makan kami cakap kat driver tuktuk tu kami nak pegi Tasik Tonle Sap. Keputusan ni dibuat setelah plan asal nak naik bot dari Battambang ke Siem Reap terpaksa dikansel sebab bot tak beroperasi kerana paras air yang menduka-citakan di musim kemarau ni. So kami buat la jugak trip ke Tonle Sap ni sebab nak jugak tengok mana air yang takde tu.

Dah takde macam mana nak tengok..

Moh keluar bandar..

Masa cakap kat driver tuktuk tu cakap nak ke Tasik Tonle Sap dia sibuk la dok cakap " No water"..

Masalah jugak dia ni sebab memula ingat pandai la sket-sket cakap english. Rupanya haram.. 2, 3 patah perkataan je yang dia tau. Kalau bab-bab bercakap ni memang kena tunjuk peta tunjuk gambar semua. Tapi mostly akan end up aku naik marah..hahahaha

Tapi serius memang marah! Aku bukan ajak berdebate. Dah tak paham, pastu tanak follow pulak orang cakap. Sudahnya dia cakap bahasa die, aku cakap Melayu. Maybe sebab dia tanak pegi jauh-jauh kot. Nak pusing-pusing dalam bandar je.

Aku paksa jugak suruh dia follow plan untuk hari ni. Tapi sebenarnya Ida yang cakap kat dia sebab aku dah tensen.

Then kami pun start la perjalanan ke Tasik Tonle Sap. Takde lah jauh sangat pun. Dalam 15-20 minit je.

Dah nak sampai tasik tu kena lalu kawasan perkampungan. Dan dah nampak bukti air memang kering di sekitar tasik.

Rumah bertiang tinggi

Kuil di atas bukit

Masjid dalam pembinaan
Sekolah terapung tapi sebab takde air so tak terapung la sekolah ni
Beza sekolah terapung dan klinik Red Cross sebelah kiri yang tak terapung

Ada orang bagitau kalau musim hujan, kawasan ni akan dipenuhi dengan air dan susah nak nampak kawasan darat.

Bukan driver tuktuk kami yang bagitau. Sebab dia tak pandai cakap English..

Dah sampai kat Tasik Tonle Sap, nampak satu bangunan putih di kawasan tanah kosong. Apakah itu?


Sebenarnya kawasan ni pun dalam pembinaan jugak. Dorang nak komersilkan kawasan ni. So far yang dah siap adalah gate/pondok pengawal ni. 


Walaupun takde lah siap sangat pun tapi ada jugak pengawal kat sini.

Bersambung..

Tuesday 10 September 2013

Gunung Kinabalu - To repeat or not to repeat??

22 Dec 2012
My friend ajak pegi Gunung Kinabalu ni. Tapi tak tahu lah macam mana nak cakap? 

a) Jom pegi!
b) Nak pegi tapi was was dengan stamina sendiri
c) Tanak pegi. Aku give up!

Tips: Never ever ever pegi musim hujan! Ko orang mana tak tau iklim negara sendiri????!! 

Sunday 8 September 2013

Kingdom of Cambodia - Part 11

Bersambung dari Part 10

Dah sampai hotel kami mandi, makan & solat pastu rileks-rileks dalam 2, 3 jam then kami keluar balik. Kali ni kami nak jalan-jalan kat area Pub Street dan Night Market.

Walaupun kawasan hotel ni sekangkang kera je tapi masih nak keluar time matahari nak tenggelam. Dah tak larat sapu sunblock (walaupun kulit sediakala tanned).

Depan hotel ada roundabout. Walaupun kecik je tapi takut nak melintas sebab banyak motor bawak laju..Eh, laju ke...hehe

Jalan-jalan kat tepi pastu kena lintas sungai untuk ke kawasan Pub Street. Pastu lintas jalan dulu. Masa ni ada orang besar mana nak guna jalan tu so banyaklah polis-polis. Sapa tak berenti kena tahan, pastu nampaklah kejadian 'hulur-menghulur'. Eh, setel saman kat situ kerrr..

Oh, lupa nak cerita, Zamri si driver Tuktuk kitaorang kat Phnom penh pun kena saman or hampir kena saman? Sebab selamba je die bawak tuktuk die ikut arah bertentangan. Kau mampoo??

Yang ni nampak la si Zamri ni hulur duit dollar kat polis-polis tersebut. Then, setel suda..

Berbalik pada cerita, kami jalan-jalan sket sampai la kat Pub Street. Memang pub banyak kat sini. Kami jalan straight je. Ada nampak ada yang buat show Apsara tapi so far aku takde lah berminat tarian-tarian ni semua. Ida aku tak sure lah tau ke tak pasal Apsara ni, berminat ke tak sebab die jenis takde hal punya ikut je apa aku buat or mana aku nak pegi.

Ikut dalam kawasan bazaar ni ke Pub Street, pepandai je aku short cut.
Pastu boleh sampai kat wet market ni, seb baik dah tutup.
Sampai lah Pub Street walaupun ntah kemana melencong.
Aku tak tahu la level geografi aku tahap mana tapi aku rasa Pub Street ni bersambung ngan Night Market. Kalau kat Pub Street banyak restoren or pub or cafe, kat Night Market ni banyak jual-jual barang. 





Promote massage. Nampak cam remaja-remaja
Takdelah kami singgah beli apa-apa kat sini. Jalan pun sekali lalu je. Pastu kat satu kedai tu nampak satu keluarga Melayu dengan anak-anak kecik. Sembang-sembang dengan dorang pastu gelak-gelakkan diri memasing pasal esok ialah 5 Mei 2013, Pilihanraya Malaysia untuk yang ke-13. Mak aku bising jugak tapi mintak maaf lah Mak. Tiket dah beli, hotel dah booking. So, redha je lah pemergianku ini..

Pastu tengok kat seberang sungai ada Art Center Night Market atau adakah ini Night Marketnya? Hentam sajalah labu.

Moh kita cross the sungai.


Atas jambatan berhias

Kat sini kedainya lebih tersusun dan tak ramai orang macam kat seberang sana. Kat sana kalau ko tanya harga barang pun kena tunggu turn sebab orang ramai sangat. Kat sini kalau ko tanak masuk kedai pun dorang dok panggil-panggil. Susunan kedai agak teratur dan barang pun nampak elok. Maybe lebih pricey dari seberang sana.



Tema malam ni adalah tshirt dan tracksuit digayakan dengan selipar jepun

Hasil dari tempurung kelapa
Sekian saja malam kami disini. Jom balik, jalan malam-malam pun berpeluh ketiak.