Wednesday 26 June 2013

Zhafran ~ now and then

Zhafran dan Aunty Jea. Masa ni baru sari balik dari Kota Kinabalu. 25 Dec 2012 cuti Krismas.

Date gambar : 25 Dec 2012. Location: Rumah mak bapak Zhafran. Kak Limah & Zhafran
Rambut kusut masai, kaki sakit, jalan sedikit pelik dan super slow. 

Date gambar: 26 June 2013. Location: sama as gambar atas. Zhafran & Kak Limah
 Nampak penyangkut kunci kat dinding (bentuk small gongs) tu? Gambar first takde kan gong tu. Sebabnya gambar first tu kitaorang tengah tunggu Aunty Huda datang jemput kitaorang untuk makan2 kat Madam Kwan KLCC sebab ada yang nak belanja. 

Dan kitaorang ada tukar2 hadiah. Bukan sebab bagi hadiah sempena Krismas. Just tetiba memasing ada benda nak bagi so kitaorang setuju nak jumpa and bagi hadiah time tu. Aku kebetulan g Sabah, belilah something yang keSabahan untuk dorang.

Nilah small gongs tu dari aku. Gambar dari Whatsapp Aizul.
And nilah rupa meja makan kami kat Madam Kwan tu. Aku punya hadiah yang bungkus warna biru belah kanan tu. Aku balut guna pembalut 'Wedding Day'. Tu je yang ada kat umah. 

Yang 3 kat depan aku tu, bungkus pakai kain tudung! Kau mampu?? Bunga2 tu bunga telur terextra kenduri kawen beliau.


Haa spesel tak Jewellery box ni dari Mak Zhafran?? 

Gambar dari Whatsapp Aizul

 Lagi spesel bila aku tak dapat!

Sebab mak Zhafran tersilap kira!!!!!! Danggg mu...

Thursday 13 June 2013

After Earth & Epic 2013

So la not in the mood nak tulis panjang2. Tunggu waktu pengganguran lah baru buat karangan. Arini aku baru submit karangan untuk Newsletter dengan harapan dapat RM300.. hahaha
 Cita2 nak tinggi sajo, karangan cam budak tadika. Tapi agak sedihlah sebab tak dapat pon reply dari dorang. Cett...

Mai la hiburkan hati dengan cite kat wayang yang bagi aku best gile. Dan sebab best aku tengok 2 kali cite ni.

Epic 2013


    
Comel je Leafman ngan burung2 dorang, kan..



Ni watak faberet aku, suara die memang sedap weh..







I'm so going to buy the figuras

Santeeknya Queen...Sora pon sedap...Wuuuu...

Waaaa....

Epic 2013

Apa kelas tengok satu movie je, yea tak?? Alang2 banyak sangat masa selalu terbuang, teruslah marathon kan..hahahaha
Yang bestnya cite Sci-Fi... Suka sangat cite yang tak terpikir dek akalmu camni. Tapi After Earth ni takdelah spaceship lawan2 kat angkasaraya bagai. Kapal Angkasa Will Smith ni cantik sket je dari bilik store opis aku tu. Spoil betul..


Kitai the lembik son of Will Smith









Thursday 6 June 2013

Kingdom of Cambodia - Part 1

1 May 2013 (Rabu)

Hari Rabu cuti hari Pekerja.

Patutnya esok aku ada flight ke Krabi. Tapi sebab nak pegi sini aku burn tiket Krabi untuk esok dan beli tiket Krabi lain pulak.

Krabi pon dah pegi last 2 weeks.

Kemboja punya trip ni aku ajak Ida lah. Mula nya Haiza cakap nak pegi jugak. Tapi beliau senyap je. So, tanak lah paksa2 orang follow, jadilah trip ni aku ngn Ida je.

Ida ni pulak kalau tanya. "Hmm, ok gak tu".

Gitu je jawapan beliau.

Aku anggap setujulah pastu aku terus book Airasia ke Phnom Penh.

Tapi kami balik melalui Siem Reap.

Flight kami sesudah Subuh. Pukul 3.30 pagi dah siap park keta Ida kat parking sari rm16 tu.

Sempat lagi tido sejam dalam keta tanpa ekon.

Sedap lah tido xde ekon untuk aku yang panas badan nak demam ni. Ngan hidung berair.

Kerana Kemboja ku gigihkan diri..

Pukul 4.30 pagi kami menapak ke LCCT. Mula2 masuk dlm tu nak cari CIMB sebab nak bayar duet keta & kredit card. Due date sebelum 2 haribulan.

Gitu last minute baru nak bayar..

Cubaan gagal. Pening pikir late charges kalo bayar pas balik dari Kemboja ni.

Pastu kami godeng2 beg nak check in sebab kami bawak banyak chocolate bar Cadbury ngn CocoPie untuk misi kemanusia kami yang tak seberapa nih.

Aku book 15 kilo pegi. Exceed.

Extra beg pon xde nak buat hand luggage.

Tenangkan pikiran, kami pegi surau kat luar dulu. Selalu pegi surau kat dalam tu. Surau kat luar ni lagi besar rupanya.

Tunggu Subuh masuk, solat then kami pikir camna nak buat ngn beg2 yg exceed limit tu.

Solutionnya, kami keluarkan thsirts, treksuits ngan tuala. Tapi kami pon tak bawak banyak baju2 so xde lah membantunya keluarkan semua pon.

Keluarkan botol 100plus. Kami bawak sorang 2 botol. Tapi aku punya dah minum 1 botol dalam perjalanan tadi sebab badan tak sihat.

Sudahnya baju2 yang dikeluarkan tadi tu nak bawak camna?

Extra beg tak bawak. Sling bag masing2 penuh ngn kamera.

Pastu nampak beg plastik kat troli terbiar kat dinding tu. Sudahnya semua baju2 masuk dalam tu.

Ko penah bawak beg plastik dalam tu ada tshirts ngn tuala naik flight?

Pedulikan mata yang memandang. 

100plus yg 3 botol tu kami masukkan jugak dalm beg. Sudahnya beg2 tu total 16.5kg.

Pegi check in dengan harapan lepaslah.

Pastu staff Airasia tu cakap, exceed ni. Kena kurangkan or bayar.

"Kalau bayar berapa?"

Tanya macam poket berkepuk.

"1 kg RM50"

Ok tak jadi bayar. Keluar kan balik 3 botol 100plus tu.

15.3kg.

Usaha mengabiskan 3 botol 100plus sebelum masuk boarding hall gagal selepas itu.

Tinggal jelah. Tak penting pon. Air boleh dibeli dimana2. Tapi sofar 5 hari kat Kemboja xde la pulak nampak 100plus dijual kat kedai.

Flight sangatlah best sebab nampak sunrise yang sangat cantik.

Kemudian kami pon breakfast. Kami makan nasi lemak Pak Naser.

Pastu pramugari kat situ bagi form untuk isi. Form kemasukan ke Kemboja.


Nampak die bagi form Custom Declaration je die bagi kat kami? Motif orang lain semua dapat 2 form (Custom Declaration and arrival Form) kami dapat 1 je.

Aku syak ni sebab kes dengki.

Motif orang nak dengki ngn ko kan..

Time ni tak perasan lagi.

Dalam flight ni kat depan ni ada pasangan suami isteri Melayu, belakang orang2 Cina. Sebelah Ida kosong xde orang.

Orang2 Cina kat belakang ni dari flight belum take off, dah take off, sebelum aku tido, sesudah aku tdo, asyik cong ceng cong ceng bersembang. Berlawan2 pulak tu bertiga dorang.

Tambah hazab pulak ada 1 group Indian ni, kawan die datang dari belakang dok bersembang ngan kawan2 die kat Hot Seat. Sambil berdiri tu dok sembang.

Aku dah rasa cam dok kat pasar Selayang dah.

Pastu tetiba pasangan suami isteri kat depan kitaorang ni ajak bersembang. Pastu dorang (Abang Zul and Kak Wan) ajak kitaorang join Tuktuk dorang.

Dorang cakap dorang dah booking dah. Share je ngn dorang.

Sebabnya kami pon tak planning apa2 kat Phnom Penh ni, tawaran dorang kami terima.
 

Dah nak touch down kat Phnom Penh tu beria aku tengok bawah. Tengok rupa bumi Kemboja. Aku baca kat tenet orang2 cakap Kemboja ni macam Malaysia tahun 70'an.

Gitu perumpamaan..

Aku tak tahu lah betul ke tak macam 70'an.

Sebab aku lahir 80'an.

Tapi aku tengok Kemboja ni macam Kemboja lah. Kat sini tepi2 jalan pon jual cengkerik, katak kering, kala jengking goreng.

Aku rasa kat Malaysia kalau tahun 70'an pon xde yang jual benda2 tu tepi jalan ke, hatta kat market pon.
Welcome to Kingdom of Cambodia
   
Epot kat Phnom Penh. Boleh tahan epotnya.

Pastu masa kat Immigration ni lah jadi masalahnya bila ko dapat 1 form je.

Time beratur tu pasangan Melayu tu dah lepas. Pastu turn aku.

Minah kat kaunter Immigration tu dengan kerek nya tanya mana Arrival Form aku.

Pastu aku cakap xdapat.

Pastu die campak je passport aku sambil cakap "do it again".

Tetiba aku teringat Cikgu Kimia aku dulu pon penah campak buku kat kelas..huhu

Aku saspek die ni pon nak jadi cikgu tapi tak dapat.

Pastu dah setel form, aku pegi kaunter lain. Kat luar Abang Zul dan Kak Wan tengah beli sim card local. 

Dorang nak call tuk tuk driver.

Sila pilih simcard anda. Untuk menghubungi keluarga tersayang.. kami pilih tidak beli..which is kerugian.

Akan bersambung.. Part 2

Saya Suka Beli Online..hahaha

Kebaikan :

1. Menjimatkan masa
Ia bukan sahaja menjimatkan duit kamu, malah ia juga menjimatkan masa kamu. Jadi kamu tidak perlu bersesak-sesak di jalanraya mahupun di dalam pusat membeli-belah itu sendiri. (Setuju!)

2. Lebih relaks dan tenang
Walaupun kamu mengambil masa berjam-jam sekali pun untuk memilih barangan mana yang kamu mahukan, tiada siapa pon yang akan pedulik dan membebel pada kamu. Jadi kamu dapat membeli dengan suasana yang lebih relex dan tenang.(Setuju!!)

3. Lebih murah & berbaloi
Ada sesetengah orang berpendapat. Membeli belah di alam maya lebih murah dan berbaloi. Ini kerana, kamu tidak akan di kenakan sebarang tax dan extra charge. Jadi, tidak hairanlah mengapa ia menjadi pilihan orang ramai. (Setuju!!!)

Keburukan :

1. Kabur dengan kualiti barang
Kadangkala, barang yang di jual di alam maya tidak tentu kualitinya. Ada kemungkinan juga Kamu sangkakan original tapi sebenarnya ia adalah barangan tiruan. Jadi, sukar untuk di tentukan apakah kualiti barang yang kamu beli di alam maya. (hm..)

2. Gambar vs Realiti
Ada kalanya kamu akan tertipu dengan gambar-gambar barangan yang dijual. Mungkin kamu akan mengalami situasi di mana barang yang kamu langgani itu tidak secantik barang yang ada di dalam gambar yang kamu lihat. (hmm..)

3. Tertipu dengan si penjual
Tidak di nafikan, ada kemungkinan jika kamu tidak pandai memilih butik online, kemungkinan kamu boleh tertipu dan ditipu dengan si penjual yang tidak bertanggungjawab. Pekara ini sering terjadi sebenarnya. Jadi hati-hati ya ketika membeli! (hmmm..)

~ Sumber : http://remaja.karangkraf.com/ 

p/s: aku tak baca majalah ni yea.. aku dah bukan kategori remaja untuk satu jangka masa yang lama  dah..

Pada aku lah, aku shopping online kat Groupon, Mydeal, Ilovediscount and the list goes on. Takdelah aku nak letak link kat sini kan. Ti ada pulak orang yang salahkan aku pulak kalau dorang ter'addicted' ngan website nih.. 

Kat website ni, barang2 die sofar berkuality. Pastu kalau penjual die lambat hantar barang, korang boleh mengadu/komplen dan sebagainya. Hantar lah email tanya elok2. Bukan mengamuk, pastu tulis emel guna capslock, aku tak buat camtu.. Tumpah aku tak pernah buat camtu..hahahahaha!!

Untuk meninggalkan kegiatan online shopping sangatlah susah. Tapi satu cara yang aku amalkan adakan mengosongkan duit dalam akaun Maybank. Dengan itu aku tak bolehlah nak guna Maybank2u. Dengan mengosongkan duit dalam Maybank (or mana2 akaun Bank pon), dah tak boleh pakai Debit Card lagi. So, takde lah boleh swipe2 lagi. 

Tapi ada jugak masa tu aku nak pinjam Maybank2u kawan2 kat office, pastu bayar cash kat dorang. 

Memang tak dapat di bendung lagi kegiatan ini!

Aku rasa untuk hilangkan ketagihan online shopping ni kena muhasabah diri, tenangkan diri, merilekskan diri, bertapakan diri. Pastu berdoa banyak2 agar korang dapat meloloskan diri dari online shopping ni...hahahaha 

Well, goodluck!!

Pastu semalam aku dapat emel ni yang buat aku tergelak sorang2. 



Bini ko tak ikut aku. Aku ikut beliau. Die lah otai segala otai di laman maya ini..hahahahaaha!!

Ada satu masa tu, kitaorang beli jaket yang sama. Aku beli satu.

Bini ko beli dua!!!