Thursday 6 June 2013

Kingdom of Cambodia - Part 1

1 May 2013 (Rabu)

Hari Rabu cuti hari Pekerja.

Patutnya esok aku ada flight ke Krabi. Tapi sebab nak pegi sini aku burn tiket Krabi untuk esok dan beli tiket Krabi lain pulak.

Krabi pon dah pegi last 2 weeks.

Kemboja punya trip ni aku ajak Ida lah. Mula nya Haiza cakap nak pegi jugak. Tapi beliau senyap je. So, tanak lah paksa2 orang follow, jadilah trip ni aku ngn Ida je.

Ida ni pulak kalau tanya. "Hmm, ok gak tu".

Gitu je jawapan beliau.

Aku anggap setujulah pastu aku terus book Airasia ke Phnom Penh.

Tapi kami balik melalui Siem Reap.

Flight kami sesudah Subuh. Pukul 3.30 pagi dah siap park keta Ida kat parking sari rm16 tu.

Sempat lagi tido sejam dalam keta tanpa ekon.

Sedap lah tido xde ekon untuk aku yang panas badan nak demam ni. Ngan hidung berair.

Kerana Kemboja ku gigihkan diri..

Pukul 4.30 pagi kami menapak ke LCCT. Mula2 masuk dlm tu nak cari CIMB sebab nak bayar duet keta & kredit card. Due date sebelum 2 haribulan.

Gitu last minute baru nak bayar..

Cubaan gagal. Pening pikir late charges kalo bayar pas balik dari Kemboja ni.

Pastu kami godeng2 beg nak check in sebab kami bawak banyak chocolate bar Cadbury ngn CocoPie untuk misi kemanusia kami yang tak seberapa nih.

Aku book 15 kilo pegi. Exceed.

Extra beg pon xde nak buat hand luggage.

Tenangkan pikiran, kami pegi surau kat luar dulu. Selalu pegi surau kat dalam tu. Surau kat luar ni lagi besar rupanya.

Tunggu Subuh masuk, solat then kami pikir camna nak buat ngn beg2 yg exceed limit tu.

Solutionnya, kami keluarkan thsirts, treksuits ngan tuala. Tapi kami pon tak bawak banyak baju2 so xde lah membantunya keluarkan semua pon.

Keluarkan botol 100plus. Kami bawak sorang 2 botol. Tapi aku punya dah minum 1 botol dalam perjalanan tadi sebab badan tak sihat.

Sudahnya baju2 yang dikeluarkan tadi tu nak bawak camna?

Extra beg tak bawak. Sling bag masing2 penuh ngn kamera.

Pastu nampak beg plastik kat troli terbiar kat dinding tu. Sudahnya semua baju2 masuk dalam tu.

Ko penah bawak beg plastik dalam tu ada tshirts ngn tuala naik flight?

Pedulikan mata yang memandang. 

100plus yg 3 botol tu kami masukkan jugak dalm beg. Sudahnya beg2 tu total 16.5kg.

Pegi check in dengan harapan lepaslah.

Pastu staff Airasia tu cakap, exceed ni. Kena kurangkan or bayar.

"Kalau bayar berapa?"

Tanya macam poket berkepuk.

"1 kg RM50"

Ok tak jadi bayar. Keluar kan balik 3 botol 100plus tu.

15.3kg.

Usaha mengabiskan 3 botol 100plus sebelum masuk boarding hall gagal selepas itu.

Tinggal jelah. Tak penting pon. Air boleh dibeli dimana2. Tapi sofar 5 hari kat Kemboja xde la pulak nampak 100plus dijual kat kedai.

Flight sangatlah best sebab nampak sunrise yang sangat cantik.

Kemudian kami pon breakfast. Kami makan nasi lemak Pak Naser.

Pastu pramugari kat situ bagi form untuk isi. Form kemasukan ke Kemboja.


Nampak die bagi form Custom Declaration je die bagi kat kami? Motif orang lain semua dapat 2 form (Custom Declaration and arrival Form) kami dapat 1 je.

Aku syak ni sebab kes dengki.

Motif orang nak dengki ngn ko kan..

Time ni tak perasan lagi.

Dalam flight ni kat depan ni ada pasangan suami isteri Melayu, belakang orang2 Cina. Sebelah Ida kosong xde orang.

Orang2 Cina kat belakang ni dari flight belum take off, dah take off, sebelum aku tido, sesudah aku tdo, asyik cong ceng cong ceng bersembang. Berlawan2 pulak tu bertiga dorang.

Tambah hazab pulak ada 1 group Indian ni, kawan die datang dari belakang dok bersembang ngan kawan2 die kat Hot Seat. Sambil berdiri tu dok sembang.

Aku dah rasa cam dok kat pasar Selayang dah.

Pastu tetiba pasangan suami isteri kat depan kitaorang ni ajak bersembang. Pastu dorang (Abang Zul and Kak Wan) ajak kitaorang join Tuktuk dorang.

Dorang cakap dorang dah booking dah. Share je ngn dorang.

Sebabnya kami pon tak planning apa2 kat Phnom Penh ni, tawaran dorang kami terima.
 

Dah nak touch down kat Phnom Penh tu beria aku tengok bawah. Tengok rupa bumi Kemboja. Aku baca kat tenet orang2 cakap Kemboja ni macam Malaysia tahun 70'an.

Gitu perumpamaan..

Aku tak tahu lah betul ke tak macam 70'an.

Sebab aku lahir 80'an.

Tapi aku tengok Kemboja ni macam Kemboja lah. Kat sini tepi2 jalan pon jual cengkerik, katak kering, kala jengking goreng.

Aku rasa kat Malaysia kalau tahun 70'an pon xde yang jual benda2 tu tepi jalan ke, hatta kat market pon.
Welcome to Kingdom of Cambodia
   
Epot kat Phnom Penh. Boleh tahan epotnya.

Pastu masa kat Immigration ni lah jadi masalahnya bila ko dapat 1 form je.

Time beratur tu pasangan Melayu tu dah lepas. Pastu turn aku.

Minah kat kaunter Immigration tu dengan kerek nya tanya mana Arrival Form aku.

Pastu aku cakap xdapat.

Pastu die campak je passport aku sambil cakap "do it again".

Tetiba aku teringat Cikgu Kimia aku dulu pon penah campak buku kat kelas..huhu

Aku saspek die ni pon nak jadi cikgu tapi tak dapat.

Pastu dah setel form, aku pegi kaunter lain. Kat luar Abang Zul dan Kak Wan tengah beli sim card local. 

Dorang nak call tuk tuk driver.

Sila pilih simcard anda. Untuk menghubungi keluarga tersayang.. kami pilih tidak beli..which is kerugian.

Akan bersambung.. Part 2

No comments:

Post a Comment