Thursday 6 June 2013

Saya Suka Beli Online..hahaha

Kebaikan :

1. Menjimatkan masa
Ia bukan sahaja menjimatkan duit kamu, malah ia juga menjimatkan masa kamu. Jadi kamu tidak perlu bersesak-sesak di jalanraya mahupun di dalam pusat membeli-belah itu sendiri. (Setuju!)

2. Lebih relaks dan tenang
Walaupun kamu mengambil masa berjam-jam sekali pun untuk memilih barangan mana yang kamu mahukan, tiada siapa pon yang akan pedulik dan membebel pada kamu. Jadi kamu dapat membeli dengan suasana yang lebih relex dan tenang.(Setuju!!)

3. Lebih murah & berbaloi
Ada sesetengah orang berpendapat. Membeli belah di alam maya lebih murah dan berbaloi. Ini kerana, kamu tidak akan di kenakan sebarang tax dan extra charge. Jadi, tidak hairanlah mengapa ia menjadi pilihan orang ramai. (Setuju!!!)

Keburukan :

1. Kabur dengan kualiti barang
Kadangkala, barang yang di jual di alam maya tidak tentu kualitinya. Ada kemungkinan juga Kamu sangkakan original tapi sebenarnya ia adalah barangan tiruan. Jadi, sukar untuk di tentukan apakah kualiti barang yang kamu beli di alam maya. (hm..)

2. Gambar vs Realiti
Ada kalanya kamu akan tertipu dengan gambar-gambar barangan yang dijual. Mungkin kamu akan mengalami situasi di mana barang yang kamu langgani itu tidak secantik barang yang ada di dalam gambar yang kamu lihat. (hmm..)

3. Tertipu dengan si penjual
Tidak di nafikan, ada kemungkinan jika kamu tidak pandai memilih butik online, kemungkinan kamu boleh tertipu dan ditipu dengan si penjual yang tidak bertanggungjawab. Pekara ini sering terjadi sebenarnya. Jadi hati-hati ya ketika membeli! (hmmm..)

~ Sumber : http://remaja.karangkraf.com/ 

p/s: aku tak baca majalah ni yea.. aku dah bukan kategori remaja untuk satu jangka masa yang lama  dah..

Pada aku lah, aku shopping online kat Groupon, Mydeal, Ilovediscount and the list goes on. Takdelah aku nak letak link kat sini kan. Ti ada pulak orang yang salahkan aku pulak kalau dorang ter'addicted' ngan website nih.. 

Kat website ni, barang2 die sofar berkuality. Pastu kalau penjual die lambat hantar barang, korang boleh mengadu/komplen dan sebagainya. Hantar lah email tanya elok2. Bukan mengamuk, pastu tulis emel guna capslock, aku tak buat camtu.. Tumpah aku tak pernah buat camtu..hahahahaha!!

Untuk meninggalkan kegiatan online shopping sangatlah susah. Tapi satu cara yang aku amalkan adakan mengosongkan duit dalam akaun Maybank. Dengan itu aku tak bolehlah nak guna Maybank2u. Dengan mengosongkan duit dalam Maybank (or mana2 akaun Bank pon), dah tak boleh pakai Debit Card lagi. So, takde lah boleh swipe2 lagi. 

Tapi ada jugak masa tu aku nak pinjam Maybank2u kawan2 kat office, pastu bayar cash kat dorang. 

Memang tak dapat di bendung lagi kegiatan ini!

Aku rasa untuk hilangkan ketagihan online shopping ni kena muhasabah diri, tenangkan diri, merilekskan diri, bertapakan diri. Pastu berdoa banyak2 agar korang dapat meloloskan diri dari online shopping ni...hahahaha 

Well, goodluck!!

Pastu semalam aku dapat emel ni yang buat aku tergelak sorang2. 



Bini ko tak ikut aku. Aku ikut beliau. Die lah otai segala otai di laman maya ini..hahahahaaha!!

Ada satu masa tu, kitaorang beli jaket yang sama. Aku beli satu.

Bini ko beli dua!!!



No comments:

Post a Comment