Sunday 3 November 2013

Seongsan Ilchulbong (Sunrise Peak), Jeju Island

Second last day kat Korea Selatan (dah nak last day? tetiba.. dasar pemalas), misi kami kali ini adalah untuk mendaki menuju puncak Seongsan Ilchulbong untuk menyaksikan matahari terbit.

Gigih! 

5.30 pagi!

Kami pun menapak ke arah Seongsan Ilchulbong ni, wahal sorang pun tak tahu arah mana nak ikut. Jalan sket depan hotel nampak Ahjumma tengah berjalan dalam gelap.

"Makcik, Seongsan Ilchulbong?" Since dorang tak pandai BI buat apa nak speaking bagai kan...

Dah sampai kat gate, kasi ketuk sket cermin tu sebab staff die macam membuta je kat dalam tu.

Hwaiting!!!

Gambar gegor di pagi hari
Kami follow trail yang menegak, bukan apa, tengok semua orang Korea ikut trail tu kami pun follow je.

Akhirnya sampai jugak kat puncak. Pagi ni tak ramai orang.. Mungkin rombongan bas-bas tour belum sampai.

See, takde orang kan...(gambar repeat dr last entry nih)
Gambar dari arah yang berbeza
Lepas duduk 10 minit, hujan!!!

Semua orang bergegas turun. Hujan makin lebat, so terpaksa redha je basah. Kamera balut dengan sweater, gulung-gulung masuk dalam baju.

Berlari dalam hujan, bukan kami.. Kami turun lenggang kak limah.
Hasil mandi hujan.
Kenkonon nak lepak lama-lama kat atas layan matahari terbit tak menjadi, kami lepak-lepak minum kat Dunkin Donut. Tunggu punya tunggu, hujan pun berhenti.

Dan walahhhh!!!

Canteeeekkkkknyeerrrrrrrrr!!!!!


 
Kak Limah dengan baju dan seluar yang basah
Pusing-pusing dua tiga round ambik gambar berguling-guling. Kami pun nak beransur balik ke hotel, tukar baju yang basah. Kami dah berjanji dengan teksi tour pukul 9.30 pagi.

Gambar ambik masa nak balik ke hotel. pagi tadi tempat ni gelap betul, siap ada anjing 3 ekor dok menyalak-nyalak.
Bersedia untuk pergi kerja
Pagi di Seongsan Ilchulbong
Belakang rumah orang
Walaupun staff & servis hotel ni macam hampeh, tapi kami dapat bilik view ini! 
Next year nak kurangkan melancong, nak fokus kepada trip mega 2014.

Eh, mega ke????