Wednesday 21 May 2014

Easy mistake ~ 3 jam tersadai di Guangzhou-Shenzhen Train Station

Korang pernah terlepas pandang masa atau tarikh pada tiket ? Tak kisah la tiket bas ke tiket ketapi ke tiket kapalterbang ke tiket teater ke tiket masuk zoo ke..

Aku pernah !

Kisahnya masa trip aku ke Shenzhen-Hong Kong-Guangzhou dulu tu, aku dan kawan-kawan (Pae & Sue), siap-siap beli tiket ketapi dari Shenzhen ke Guangzhou di Shenzhen Train Station. 

Kami beli Guangzhou return tickets terus kat situ. 

Kisahnya untuk rakyat luar kena beli tiket di kaunter (walaupun sebelum tu kami dok godek-godek mesin kat luar tu). Tunjuk passport cakap destinasi dan tarikh. 

Nasib lah staff kat kaunter tu walaupun agak berumur boleh jugak berbahasa Inggeris. Sikit-sikit la janji boleh faham dia cakap apa dan dia faham kami nak apa.

Mula-mula tu kami settlekan dulu tiket pergi (staff tu yang buat camtu, kami follow jelah). Ada jadual kat cermin tingkap kaunter tu so tunjuk je jam berapa yang ko nak naik train tu.

Bayar kemudian dapat tiket. Selesai tiket pergi.

Sekarang nak beli tiket balik plak.

Bagi date (setel)

Tunjuk jadual jam berapa nak kat cermin tingkap tu (setel)

Bayar (setel)

Dapat tiket. Joget jap pastu...hahaha

Abes tu apa yang mistakenya?

Masalah dunia adalah ketiga-tiga kami ni fail baca jam 24 hours tu !!

Bajet genius lah jejari runcing masing-masing tu tunjuk kat jadual pukul 2200 hours pastu dialog busuk :

"pukul 8 malam ok lah kot".

Korang-korang ni tak boleh masuk askar !

Askar pun tanak korang 3 !

Fast forward di Guangzhou, since kami bajet train kami kul 8 malam, pukul 7 kami dah terpacak depan gate Guangzhou-Shenzhen Train Station.


Pastu dok tunggu-tunggu kenapa kami (ticket holder) tak dipanggil masuk waiting room lagi ? Pastu duduk depan-depan gate tu.

Sekali pastu tengok train yang lewat dari kami pun dah dipanggil masuk. 

Kali ni dengan penuh yakin (keyword : yakin!, walaupun salah), kami masuk jugak walaupun kat screen takde lagi train kami. 

Tapi sebelum tu kena check/scan beg dulu.

Sampai autogate tu, scan tiket, tak lepas ! Autogate pun tak bagi kami masuk.

Ada sorang pakcik staff ni datang tengok tiket kami pastu buat sign tangan kibas-kibas camtu. Macam nak bagitau kami belum boleh masuk lagi.

Pastu kena keluar balik. 

Sekali... "Tiket kita pukul 10 lah !" 

Pastu gempak gempita gelakkan diri masing-masing.

Why arr? Tiket masing-masing pegang. Kenapa semua tak cerdik secara berjemaah ni ??

Nasib la mistake macam ni tak bawak apa-apa effect since waktu tu takde kejar apa-apa pun. 

Kami pun setel lagi 2 jam setengah kat KFC pastu..


Buat apa time boring ? Tengok gambar-gambar, layan henpon takde line. Pastu aku pinjam Pae punya Magic Scarf yang dia beli kat Beijing Lu.

Tak tahu apa tu Magic Scarf ? Meh tengok sini.


Ni versi orang mengantuk+letih (dan bengong..hahahhaa)


 Easy mistake kan...

No ??

Peace y'oll

Friday 16 May 2014

Tasik Meromiktik, Taman Negara Pulau Pinang

Alhamdulillah, last week aku dan kawan-kawan dapat trekking di Taman Negara Pulau Pinang. Tujuan kami trekking kat sini adalah untuk tengok fenomena Tasik Meromiktik di Pantai Kerachut.

Trip kali ni adalah berbeza dengan trip ke Pulau Pinang yang lepas, sebab trip yang lepas semata-mata nak hunting Penang Street Art.

Tapi kali ni kami ke Pulau Pinang lagi, beserta sorang lagi bestfriend kami, Aja, bersama-sama kasut sukan dan tracksuit !

Kenapa nak tengok Tasik ? Tasik Meromiktik ?

Apa itu Meromiktik ?

Meromiktik adalah bermaksud fenomena bermusim yang berlaku apabila beting pasir terbentuk di tepi pantai akibat tindakan angin dan ombak. Beting pasir ini akan menghalang pergerakan air laut yang masuk ke dalam tasik (dibawa oleh ombak dan angin) hingga membentuk lagun bermusim.Kiranya lepas terbentuknya beting pasir di tepi pantai tadi, air laut yang masuk ke tasik tadi dah tak boleh keluar ke laut balik.

Macam mana air laut dan air tasik dalam tasik ni ? Bercampur ke ?

Air laut dan air tasik mempunyai suhu dan ketumpatan berbeza. Air laut yang lebih berat akan berada di lapisan bawah manakala air tasik akan berada di bahagian atas.

Dalam tasik ni ada 2 jenis air dan dua air tu tak bercampur antara satu sama lain. Kalau kita dalam tasik tu kita akan dapat rasa di bahagian bawah panas dan bahagian atas sejuk.

Hebat kan!

Sebenarnya fenomena Tasik Meromiktik ni berlaku cuma pada peralihan musim monsum Timur Laut yakni (November - Mac) dan angin monsun Barat Daya (Mei - September). Kalau lain-lain masa datang sini, tasik ni kering dan berlumpur.

Walaupun kami datang pertengah bulan Mei, beting pasir masih belum 'siap' sepenuhnya. Jadi air laut masih masuk ke dalam tasik. Jadi fenomena Tasik Meromiktik masih dalam pembinaan la kiranya. Tapi ada jugak aku lompat masuk dalam tasik (belah yang cetek la). Air kat bawah memang panas !

Letih dah story pakai words (sebab tak berapa nak pandai), meh nak story pakai gambar plak.

Jarak dari pintu masuk ke Pantai Kerachut (yang ada Tasik Meromiktik ni) adalah 3405meter. Kalau kat map ni cakap 1 jam 20 minit. Kami ambik masa 2 jam untuk sampai ke Pantai Kerachut ;p

Anak panah merah tu route untuk trekking ke Pantai Kerachut.
Bila dah trekking 2 jam nampak Jambatan Pantai Kerachut ni maknanya kita dah sampai !

Sebelah kiri tu tasik
Ada part cetek ada part dalam dan masih boleh nampak daratan di dalam tasik ni.
Akhirnya ! Boleh cross dalam list dah :)
Laluan air laut masuk ke dalam tasik. Beting pasir masih in the making.
Tasik dari atas jambatan


Pantai Kerachut di tepi Tasik Meromiktik. Pasir kat sini lain sket.
Air laut masuk ke dalam tasik
Jambatan Pantai Kerachut


Spotted obor-obor. Kalau Tasik Meromiktik ni dah terjadi sepenuhnya tiada hidupan boleh hidup dalam tasik.

Rakan trekking, walaupun dugaan melanda sampai jugak kita kat sini ek ;p

Cara nak ke Tasik Meromiktik, Taman Negara Pulau Pinang :

1. Trekking ke Pantai Kerachut. 3405 meter, 1 jam 20 minit.
2. Naik bot dari pintu masuk. Banyak kaunter bot di depan pintu masuk.
   ** boleh trekking pergi dan balik atau trekking pergi balik naik bot (or vice versa) ataupun  pergi balik naik bot terus, takde hal.