Thursday 22 January 2015

Minglabar Myanmar - (Part 2) Taiping ke Klia2 ke Yangon International Airport

Apa yang aku pack dalam beg:

1. Makanan (roti, biskut, megi, nestum 3 in 1)
2. Tshirt 4 helai
3. Legging pakai tido, seluar jebon apantah nama. Jeans selai
4. Telekung travel + pashmina sebagai sejadah
5. Tuala
6. Selai lagi pashmina sebagai selimut
7. Ubat- ubatan. Aku dah sekali kan ubat2 ni dalam beg make up sebab takde make up pon. Aku bwk compact powder & lip gloss je. Tu pon tak pakai. Dalam ubat2 ni aku makan pil chi kit tha un (ada kes sakit perut jugak..hihi)


8. Kasut dan selipar. Patutnya aku bawak selipar je all the way. Buat tambah berat beg je..


9. Neck pillow adalah wajib untuk kalau yang bercadang nak naik overnight bus.
10. Kompas arah kiblat.
11. Yang kaler pink tu aku buat 'fake wallet'. Dalam tu aku letak kad2 bank yang expired, kad saloon la. Pastu aku letak sket note2 Rupiah..hihi Alhamdulillah selamat je aku kat sana tanpa apa-apa kejadian tidak diingini.


12. Monopod, mp3 (lagu2 Melayu & Korea), mp4 (lagu2 Inggeris). Universal adapter dan lain2 chargers yang beratnya almost 2kg semuanya. Solex tu aku tak jadi bawak.


Persedian ke Myanmar ni haruslah haru biru. First time nak pegi sorang2 kan. Kejap nak pegi kejap tanak pegi. Bab yang tanak pegi tu ofkos lah tang nak buat visa tu. Lahai sakitnya lah hati sebab aku kena pegi KL nak buat visa (cost ke KL & balik) atau suh travel agen yang buatkan (bayar fee travel agen lah). Dah tu berapa banyak travel agen kat Taiping ni semua cakap tak buat visa. Dah tu servis apanya korang provide ni? Gitu marah..huhu

Terpaksa la bertahan ngan 1 travel agen ni walaupon harga service charge dorang pada aku agak mahal, tapi still lower than kalau aku g KL buat sendiri.

Pasrah jugaklah harga visa lagi mahal dari harga flight return.

Aku start journey to Myanmar ni dari Taiping lah kan. Ptg tu aku ambik bas ke KL, suh akak aku anta kan ke stesen bas. Otw tu aku wasap kwn aku ajak makan malam dulu sblm kwn aku tu drop kat KL Sentral. Pastu aku ambik bas pukul 11mlm ke Klia2.

Saja je aku letak gambar ni naik Konsertium dari Taiping ke KL untuk yang tak penah naik express bus (ditujukan khas untuk kwn2 aku yang lahir dalam dulang emas). Selesa lah wei naik bas kat Malaysia ni..
Sampai kat klia2 aku pegi surau kat atas international departure. Kat atas tu ramai jemaah umrah dari Indonesia tengah melepak tunggu flight awal pagi. Pegi surau sebab nak jama' dan charge tab aku yang merupakan sumber komunikasi dan informasi pasal Myanmar. Almaklum la aku ni mana reti guna powerbank..huhu

Pegi surau tengok ada sorang staff AA tengah berselimut kat kepala plug tu. Lagi best dia tak guna pon plug tu tapi kepala dia betul2 kat plug tu. Takan la aku nak hulur charger aku kat kepala dia plak kan. Pas solat aku tengok dia dapat call, bangun dan terus blah. Tepi dia ada staff immi ke kastam tengah tunggu peluang nak charge henpon sambil bentang sejadah tepi kepala plug tu.  Ingat nak solat ke hapa tup2 tengok dia balut pashmina pastu tido. Abes dah peluang aku..hahaha

Angkat beg, pegi cari plug kat luar je. Tengok kat luar tu kat ruang luas tu ada makcik2 jemaah dari Indonesia tido atas kerusi keras tu. Kesian lah kenapa lahai tak g tido kat surau je.

Pastu aku tengok ada 2 kepala plug tepi meja apa ntah kat ruang luas depan O'brien. Satu dah ada budak pompuan kat situ guna, aku guna yang sebelah lagi. Smabil charge tab sambil dengar mp4 sambil tengok orang lalu lalang. Aku memang tanak tido sebab takut termiss flight aku yang pukul 6.50pagi tu.

Kat sign kuning tu dia tulis 'cannot sleep here' keji sangat kan..

Sebenarnya flight aku kalau ikutkan time aku booking dulu2 adalah pada sebelah petang, sebab aku kira dari pagi aku naik bas boleh terus direct ke klia2 pastu terus naik flight la kenkononnya. Pastu AA anta emel cakap reschdule. Lewatkan ke 40 minit. Aku yang awal2 macam dah cuak sebab ti touchdown malam kat Yangon terus bertambah cuak la sebab confirm2 malam la aku sampai sana. Pastu aku livechat AA mintak tukar flight pagi. Dia suh isi e-form. Dah isi eform haruslah takde feedback. Kebetulan masa aku kat KL bila masa ntah, aku g kaunter AA kat KL Sentral tu mintak tukar pagi. Dan2 tu dapat itinerary baru dan free!

Sambung balik kejadian malam di epot. Sambil dengar mp4 aku tengok orang lalu lalang. Lorh bukan ada orang nak lalu lalang pon. Yang ada jemaah2 dari Indonesia tu jelah ulang alik g toilet. Pastu ada sorang mamat Indo ni hensem macam pelakon sinetron doblas kali lalu depan aku..hahaha

Meja yang aku lepak depan O'brien
Pastu budak pompuan kat situ ajak aku makan, jadi pegi la angkut beg g cari kedai 24 hours nak makan, tapi takde la lalu sangat pon pukul 3 pagi nak makan.

Balik ke meja depan O'brien tadi masih la takde orang jugak, sambung lepak situ lagi. Pastu  datang plak 2 orang mamat Australia datang nak charge henpon. Mula2 tak leh masuk kepala charger dorang, aku bg la pinjam aku punya adapter. Pastu sorang mamat lagi pegi mana ntah, yang sorang tu tido bawah meja tu. Aku dok belah luar sebab bawah meja tu bau busuk macam bau kasut tak basuh. Tapi selera je dia tido. Aku tinggal beg aku kat dia, aku g lepak kat kerusi tepi2 tu.

Pukul 5 aku pegi ambik harta aku balik dan wish safe journey to 2 orang Australian tu dan pegi kaunter sales AA. Nak buat apa situ? Baru nak beli travel insurance..hahaha Trip kali ni sibuk aku survey travel insurance sana sini, last2 tak beli pon. Terpaksa la aku berpuas hati ngan Tune Insurance je.

Pastu pegi dokumen check sebab aku takde check in luggage. Beg galas aku 8 kilo, beg kecik aku 4 kilo...hahaha Tapi tu lah best nya klia2 ni takde sapa nak check pon. Aku tengok bapak gajah beg pon lepas. Tapi yang tak bestnya scan beg 2 kali.

Masa kat dalam tu aku cari gate pastu carik surau paling dekat ngan gate. Masa lalu depan surau tu macam nampak somebody. Eh, kenapa muka familiar ek?...

Pastu aku lepak dalam surau tu sambil tunggu masuk waktu subuh. Dah solat tu aku terpaksa tunggu pashmina aku yang aku jadikan sejadah sebab ada orang guna sebab tak cukup sejadah dalam surau sempit tu. Pastu somebody yang aku nampak kat luar tu ada dalam surau tu. Aku dalam hati 'nak tegur ke tanak?' 'Kalau nak tegur nak cakap apa?' 'Saya kenal awak ke?' ' awak kenal saya ke?' retis sangat soalan tu...

Sudahnya aku keluar je dan g gate tengok orang lain dah masuk dah. Saja aku berdiri kat tepi2 dulu. Sah, memang aku je muka Melayu!

Ada jugak chinese 2,3 orang tapi aku rasa dorang g Yangon pon on business purpose. Pastu mat saleh 4,5 orang.

Dalam departure hall tu aku duduk hujung sekali. Sekali tengok kat hujung sana 'somebody'itu bersama pasangannya tengah que. Confirm! Confirm aku rasa betul aku penah nampak dorang before! Dalam blog. Aku baru baca blog dorang g Korea. Yang membuatkan aku ingat sangat adalah gambar dorang dalam Samsung Galery apatahnamapanjangtempattu.

Tapi biasa la aku ni Melayu sombong di oversea (belum fly lagi nenek oi), aku duduklah diam2 kat hujung sana tu sampai lah orang dah abes masuk flight.

Dasar orang last masuk flight, tengok2 seat aku dah ada minah yang duduk. Pastu yang best tu pasangan yang aku cam dalam blog tu kat sebelahnya!

Aku jalan straight dulu carik tempak letak beg yang kosong kat belakang2 sket. Dah letak beg, aku cakap kat pramugari pasal seat aku tu. So pramugari tu pon p lah suruh minah yang ambik tempat aku tu balik ke tempat asal.

Pastu jadilah kejadian seperti di epot Incheon bila masa si Azra tegur aku. Nebes!
The rest is history lah kan. Selalunya kapal terbang belum take off lagi aku dah lelap, kali ni lambat sket lelap sebab sibuk bercerita. Yelah jumpa yang sekapal plak tu kan.

Macam2 lah boraknya. Tapi tido tetap tido.. hahaha

Dah touchdown Yangon, aku keluar lambat sket lah sebab beg kat belakang kot. Jadilah kejadian last masuk, last jugak lah keluar flight. Dalam arrival hall tu tengok si Husband kepada si wife (boleh mention nama tak ni? hihi) tengah tunggu wife nya ke toilet depan immigration. Jadi aku pon muka tak malu tunggu lah sekali. Dah setel immigration kami pegi tukar duit usd to kyat. Betul2 depan immigration tu. Ingatkan kat luar2 sana ke. Dah tukar g kaunter teksi. Tanya teksi, harga ke downtown adalah fixed price 8,000 kyat.







Jangan lupa ambik map Yangon kat Tourist Counter dalam epot.

Mula2 aku ingat nak beli simcard, nak bjat call hotel sebab belum book hotel di Bagan, Inle & Yangon. Yelah hotel yang murah2 ni mostly takde emel, jenis kena call je. Baca dalam TA cakap simcard 4,000 kyat. Tapi kat situ mahal sangat la plak. Hampir 3 kali ganda. Aku pikir nanti2 lah beli kat town nanti, tapi sampai dah balik Malaysia pon tak beli2 jugak. Harga semua lain2 tapi masih la tak dapat harga 4,000 kyat tu.

Sebenarnya aku plan nak naik local bas je dari epot ke downtown. Siap dah selidik ngan otai Muhammad Afif yang pegi Myanmar sebelum tu. Tapi aku ni kan lalang, jadi aku follow je, tumpang kasih sayang dengan dorang suami isteri share taxi. Dorang telah diapproach oleh mamat berbaju t kain pelikat (longyi) yang fasih berbahasa Melayu. Pastu dorang bargain dapat la 7,000kyat.
Destinasi kami, Bogyoke Market aka Scot Market. Aku si lalang ni on je mana2 pon, itinerary pon dah koyak sebab air tumpah dalam beg. So aku mana2 je lah pon buleh. Ikut kaki larat. Ikut bahu sakit galas beg berat.

Banyak la soal jawab berlaku dalam teksi tersebut. Agak jauh sebenarnya epot ke downtown. Hampir 40 mint jugak lah rasanya. Dari dalam teksi boleh tengok keadaan Yangon(walaupon bukan overall) yang dorang ni maju lahai.

Snap dari epot. First day ni malas lahai nak keluarkan kamera.
Aku ingat macam Siem Reap ke atau pon jumpa lembu bawah pokok ke...hehe

Maju! Rumah condo pon melambak.

Monday 19 January 2015

Minglabar Myanmar ~ (Part 1) Pengalaman pertama kali travel solo ke Myanmar. Itinerary dan budget untuk 8 hari.:

 Tergelak aku ada yg mengomen last entry remindkan aku dah sebulan takde entry..hehe

Sapa la tu cepat mengaku!

Ok lah aku up satu entry pasal last trip ke Myanmar. Baru balik ni, fresh dari ladang. Sunburn pon tak hilang lagi ni.

Meh sini aku bagi itinerary aku selama 8 hari (7 full days). Aku buat backpacking style (ye ke...) Aku naik teksi 2 kali, keluar dari epot dan ke epot.

Mula-mula tu nak naik bas je, dah berguru pon dengan Ustaz Afif. Tapi rezeki aku terjumpa dan terduduk sebelah otai-otai (husband & wife) bloggers dalam flight from Klia2 ke Yangon. Jadi kami share the taxi together. Share taxi je ke? Separuh hari tu kami jalan sama-sama.

Thanks banyak-banyak to owners of The Province of Chroma kerana sudi heret aku bersama-sama. Sekali tengok tebalnya cookbook dorang. Aku ni nota pon takde, Semua ingat dalam kepala otak yang banyak makan semut ni je. Ada lah backup sket printscreen dalam tab mana2 info dalam others blog or websites.

Teksi kali kedua aku guna adalah masa nak ke epot dari GH sebab flight aku pagi. Jadi nak tanak kena jugak aku naik teksi pagi tu.

Nah itinerary :

Day 1

- Touchdown
- Bogyoke Market
- Circular Train
- Overnight bus ke Mandalay

Day 2

- Feri ke Mingun
- Sagaing Hill
- U-Bein Bridge, Amarapura
- Garden Hotel

Day 3

- Jalan-jalan tepi Mandalay Palace (tanak masuk sebab tanak bayar entrance fee)
- Makan Ice cream di Nylon Ice Cream
- Zay cho Market
- Minibus to Bagan
- Pyinsa Rupa GH, Bagan

Day 4

- Sunrise (tgk Balloon over Bagan)
- Sewa ebike cover Nyaung Oo, Old Bagan & New Bagan
- Pyinsa Rupa GH, Bagan

Day 5

- Bas pagi pukul 7.30pg ke Nyaung Shwe (Inle Lake)
- Sampai di Nyaung Shwe pukul 4 ptg
- Jalan kaki ke jetty
- Remember Inn

Day 6

- Share boat pusing Inle Lake
- Overnight bus to Yangon

Day 7

- Bogyoke Market
- Pusing-pusing downtown Yangon (jalan kaki)
- Makan Briyani ayam
- Lepak-lepak kat Mahabandoola Park
- Tengok wayang
- Okinawa GH 2

Day 8

- Taxi to epot

Itu je itinerary malas aku. Almaklum la pegi sorang, kejap-kejap balik hostel tido..hihi

Kalau korang perasan aku tak pegi Shwe dagon Pagoda di Yangon tu. Sebabnya?

- Aku dah penat tengok temple-temple di Bagan tu. Dah takde hati lagi dah nak tengok another temple. Muntah candi bak kata orang Indonesia..
- Enrance fee untuk Shwe dagon Pagoda adalah USD8
- Ada orang whatsapp aku cakap tak payah masuk temple lagi dah, takut jatuh cinta kat monk katanya...hahaha cepat mengaku sapa??! Bagus la beliau macam tau2 je aku mmg dah niat nak skip Shwe dagon Pagoda tu.

Budget : Aku tukar USD300 (dengan rate yang sakit hati) untuk 8 hari di Myanmar. Aku ada backup USD50 tapi Alhamdulillah aku tak guna pon. Usd300 tu dah tukar ke Kyat (matawang Myanmar) di epot Yangon siap-siap. Tu semua lah termasuk, transport, hotel, makan minum, entrance fees & shopping.

Aku stay kat single room, kalau dok dorm boleh jimat lagi.

Tak banyak pon boleh shopping. Around usd40 camtu lah yang aku peruntukkan untuk membeli-belah setelah aku berjaya skip bayar Bagan entrance fee yang tetiba tahun ni jadi usd20..hihi

Dan jugak usd8 untuk tak jadi pegi Shwe Dagon Pagoda tu.

Aku cuma buat booking untuk hotel di Mandalay untuk second night tru emel je (bayar di kaunter) dan JJ Express Yangon to Mandalay tru fb dorang (bayar di kaunter). Mmg takde bayar ahead, semua guna budget usd300 tu.

Tinggal usd4 (dalam kyar sebenarnya), saja tanak perabes sebab aku tak beli FM, jadi aku lekat je kyat tu kat whiteboard aku ganti FM..

Moh layan gambar2 plak.

Yangon

First day lagi aku dah jumpa gelang2 jade ni, aku beli siap2 jd aku dah tak payah shopping utk diri sendiri dah pasni.
Lokasi Bogyoke Market.

Naik circular train. Aku tdo most of the time..huhu
Penat first day flight pagi. Dengan rupa tak mandi pagi...
Lepak bersama local di Mahabandoola Park.
Add caption
Add caption
Add caption

Tengok wayang dengan tiket paling mahal. ~ rm7

Bagan
Sunrise di Bagan. Percaya tak pas sunrise ni aku balik sambung tdo?...haha

Mandalay


Mingun. Ni pas dah turun, aku pegi tepi2 sebab takde orang utk berselfie.
Sunset at U-Bein Bridge, Amarapura


Inle Lake

Share boat dengan 5 korean. Aku kat tengah2..hahaha
Pose nelayan di Inle Lake
 Setelah berhempas pulas sampai koyak-koyak boarding pass aku, dorang akhirnya tukarkan yang elok sket kat kaunter dokumen check.

Note untuk yang takde check in luggage, dorang timbang semua beg. Total 2 beg aku berat 12kg. Tapi dorang bagi je naik untuk hand carry tanpa banyak soal..