Thursday 26 February 2015

Mingalabar Myanmar ~ (Part 4) Halal Restaurant (Innwa), Yangon

8 Januari 2015

Lokasi Nilar Briyani ni agak strategik la senang nak jumpa. Memang full je memanjang. Mat saleh pun datang makan kat sini. Kalau nak ke Restoran Innwa tu kalau dari Nilar Briyani (mengadap Nilar Briyani gerak ke kiri).

Dalam Innwa ni order makan di kaunter lain, order minuman di kaunter lain. Tapi dalam restoran tu jugak la. Ada bakery jugak dalam tu. 


Bakery dalam kedai yang sama

Tapi aku macam pernah terbaca somewhere yang pekerja dalam ni non-Muslim. Ntah la kebenarannya. Makan tanpa rasa was-was walaupun tak sedap. Cop mohor Halal ada. Cop mohor wifi pun ada. Tapi dah sudah makan pun not connected.

Internet di Myanmar ni adalah sangat siput sedut. Kalau duduk di hostel-hostel murah (aku la tu) jangan harap nak ada internet dalam bilik. Pergi lobi pun belum tentu boleh connect. Kalau sangkut muka ko kat moden wifi tu In Shaa Allah, boleh.

Wifi katanya...
Nasi ayam Yangon..hihi

Beg aku yg plg didinding itu
Cubaan kami nak tinggal beg di restoran Innwa ni adalah total fail. Jadi kami angkut beg kami dan teruskan perjalan. 

Destinasi kami seterusnya adalah stesen Keretapi Yangon. Aku fikir elok jugak ni pegi stesen keretapi, boleh aku riki-riki Circular Train. 

Pernah aku plan nak naik feri ke Dala di Yangon ni. Tapi bila gugel macam takde apa pun di Dala. Cuma kawasan kampung. Kemudian tengok harga return feri untuk pelancong USD4. Terus cancel! Jimat selagi boleh.

Lepas tanya sorang local ni dia cakap stesen keretapi seberang jalan depan panggung wayang. Kami pun lintas siap-siap kemudian masuk ke dalam stesen keretapi yang dimaksudkan tu. Tepi gate tu ada gerai dan ramai orang tengah lunch. Kemudian tengok keadaan sekitar stesen.

'Awat kodi sangat stesen keretapi ni'

Kemudian baru aku teringat aku pernah baca di dalam blog Supermeng! 

Dia pun salah masuk jugak mula-mula tu. Nak pegi ke stesen keretapi yang dicari tu kena pergi di other side. Kena keluar balik kemudian jalan terus lagi sampai hujung. Kemudian naik jejantas/flyover untuk lintas landasan ke belah sana.

Gambar dari atas flyover nak ke station keretapi Yangon. Kami datang dari bangunan tiggi tu. Jauh kan jalan ngan beg berat.
Hazab sungguh rasanya bawak beg berat ni. Rasa nak berenti tepi jalan tu kemudian berlingkar situ barang sejam dua. 

Tapi tak sanggup. Air sireh dan ludah melata! Kalau berjalan tu sila lah pandang bawah demi sejahteraan sejagat.

Alhamdulillah akhirnya kami sampai ke stesen keretapi yang kami cari. Kiranya turun je jejantas tu terus masuk ke stesen keretapi. Kat tengah tu ada meja staf keretapi kot. Aku dengan konfidennya tanya staf tu mana platform untuk ke Bagan. Kenkonon aku tanyakan onbehalf Zara & FF. Tapi sebenarnya aku tak tahan nak letak beg aku tu. Penat ya ampun!

Staf tu remindkan kami yang train tu pukul 4 petang (sekarang baru pukul 12 lebih waktu tempatan), kemudian dia tunjukkan arah platform. Kami pun turun ke arah platform.

Masuk dalam platform (walaupun aku takde tiket pun), letak beg, ringan rasanya doniya ini!

Ingat nak cari loker untuk simpan beg tapi haram takde. 

Duduk kejap kemudian aku pusing-pusing dalam tu, di hujung sikit tu ada tourist office. Ada pakcik dan makcik yang jaga. With limited english. Aku usha jadual circular train. Next train adalah pukul 1.15pm.

Ini sudah bagus. Aku pergi kaborkan pada Zara & FF tapi sebab kekangan masa (since full circular train adalah 3 jam!), dorang decided untuk lepak situ sampai naik train ke Bagan.

Sebelum tu aku pergi tandas dulu. Nak tukar baju yang dari semalam (dari Taiping) aku pakai tu. Kemudian barulah aku sedar, aku pakai sweater tak bukak-bukak.Patutlah rasa penat dan panas dua kali dari biasa!

Macam-macam alasan kan..

Nak masuk tandas yang super kodi ni pun kena bayar 200 kyat. 

Kalau nak cerita pasal tandas di Myanmar ni acceptable la kebersihan dia. Takde pun aku jumpa kisah ngeri dalam toilet. Yang bestnya mostly ada bidet. Kalau takde bidet, pasti ada besen dan gayung. Kiranya dorang ni pun style basuh-membasuh jugak la. 

Dah selesai tukar baju, aku ucapkan selamat jalan & terima kasih kepada pasangan Zara & FF kerana sudi terima aku jalan sama-sama di Yangon ni. 

Semoga nanti kita ada peluang lagi bertrip bersama-sama.

Thursday 12 February 2015

Shopping di Pasar Baru Bandung - Terkena dah aku..

Aku ada cerita nak bagitau. Harini aku baru balik dari Bandung, balik dengan rasa tak puas hati sebab kena tipu hidup-hidup.

Benciiii!!!!

Selain shopping kain pasang, aku pergi la kedai yang jual kebaya putih. Macam-macam jenis kebaya putih ada. Aku rasa aku naik sampai tingkat 2, 3 camtu la semata-mata nak cari kedai kebaya ni. Memang ada 2 kedai kat situ yang dekat antara satu sama lain. 2 kedai ni je yang jual kebaya putih yang aku cari tu (kalau ada tempat lain yang tak nampak tak tahu la plak kan).


Lepas survey harga untuk kedua-dua kedai, aku decided beli kan kedai yang sorang budak perempuan jaga ni. Dia jual Rp150,000. Kedai lagi satu jual Rp160,000 untuk jenis kebaya yang aku nak tu.

Aku mintak size L, kemudian budak perempuan tu check dah takde size L.

Takde rezeki kat situ.

Aku pun pergi la ke kedai lagi satu. Aku mintak baju yang sama size L. Dia pun pergi la suruh kawan dia sorang lagi (perempuan) pergi cari size. Aku pun tak tahu mana dia pergi cari.

Yang jaga kedai tu adalah sorang lelaki patah. Rambut karat budget korea la kot, sampai tutup-tutup mata bagai.

Mode sakit hati..

Budak lelaki patah ni mati-mati suruh aku ambik paten lain. Tapi aku berkeras aku nak yang tu jugak. Kemudian dia tunjuk 'ni cantik' 'tu cantik'.

Aku masih la tanak. Tahun 2013 aku pernah datang dan beli exactly baju yang sama jadi memang dari awal aku dah tekad memang nak corak tu jugak.

Kemudian kawan dia yang perempuan yang pergi ambik size tu datang bawak baju dalam plastik. Dorang cakap slow-slow antara dorang, then si patah ni ambik terus masuk beg.

Silap aku kat sini adalah AKU AMBIK DAN TERUS BAYAR!

Kenapa la aku rushing sangat ni? Sebenarnya trip aku adalah 2 hari 1 malam je. Pagi ni sampai, esok sesudah subuh aku balik.

Nak tambah perasa cerita aku ni adalah sekarang cuaca kat Indonesia ni tengah tengkujuh ke monson ntah. Jakarta tu dah sibuk banjir, Bandung ni tempias hujan hari-hari. Kebetulan masa tu aku baru lepas berhujan kat luar Pasar Baru. Aku masuk Pasar Baru tu dengan basah kuyup. Kemudian tetiba kepala aku plak berdenyut-denyut, maybe sebab kena hujan. Jadi aku nak cepat-cepat blah dan balik hotel nak berehat jap.

Dah setel di pasar baru dalam dalam pukul 1, balik bilik di Hotel Kenangan naik teksi (wahal datang tadi jalan kaki je) tapi sebab dah ada banyak bebanan nak dipikul dan HUJAN!

Lepas balik hotel. Mandi dan solat, aku dan kawan aku yang join trip singkat aku ni rehat sejam dua dalam bilik sebelum keluar balik, tanak sia-siakan masa singkat di Bandung ni. Kepala aku less sakit sikit sebab dah telah panadol.

Dah malam baru sampai bilik, kemas-kemas beg (esok pagi dah nak balik Msia), masa aku bukak plastik baju kebaya putih tu (aku buang semua plastik pada apa yang aku beli kat sini, ada orang ajar..hehe), aku tergerak nak cuba test try pakai.

Masa tu rasa macam nak luruh jantung aku!

Baju TAK MUAT!

KECIK!

TAK SAMPAI NAK BUTTON BAJU TU.

Aku dengan panik+confuse fikir kenapa size L kecik sangat ni. Baju ni aku pernah beli dulu tu size M. Muat tapi agak ketat sikit la dan aku dah derma kat adik aku pun sebab tak sanggup nak pakai.

Sepatutnya size L lagu besar la kan sebab L tu stand for LARGE!

Aku dengan terpekik cuak+heart attack, sampai kawan aku pun naik terkejut jugak terus bukak nak tengok size kat label.

Sekali lagi terkezut beruk kak limah sebab label yang dicari dah takde, DAH KENA GUNTING u'oll!!!


Sampai hati dorang buat aku macam ni. Aku nak pergi tukar balik pun tak sempat dah sebab esok flight pukul 8.30 pagi.

Selama ni aku suka pergi Bandung, sebab orang Bandung ramah, suka tolong orang, cakap lemah lembut. Kalau orang kita yang tak pernah pergi Bandung, aku yakinkan dorang Bandung tu selamat, sebab dorang baik! Selama ni aku belum lagi jumpa orang Bandung yang berniat nak menipu.

Tapi kali ni aku terkena sudah..

Walapun 1 kedai tu je penipu! tapi benda tu mempengaruhi mood aku dalam trip singkat tu sebab aku rasa kepercayaan aku tu dirobek 200%.

Aku rasa kalau lah aku dapat jumpa lagi si patah yang aku bagi nama puaka tu, aku nak campak baju tu kat muka dia pastu back suplex chokeslam macam Kane buat dalam WWE tu. Kemudian lagi sorang lagi si suster ngesot tu, aku nak kasik headlock satu kali! dua kali! tiga kali!

Aku sedih+berduka lara, nak tidur pun terbawak-bawak pikir pasal baju kebaya putih

Walaupun bagi sesetengah orang benda ni macam perkara kecik je, tapi bagi aku rasa tak puas hati sebab baju kebaya tu aku beli untuk kawan baik aku!

Dia punya la excited bila aku bagitau dia yang aku nak pegi Bandung (aku tak suka bagitau orang lain pasal trip aku yang belum terlaksana), tapi disebabkan last trip kawan aku tu spent sehari setengah di Pasar Baru, aku yakin dia ada barang nak kirim (honestly aku tak suka belikan barang yang orang kirim - belajar dari pengalaman). Dan dia memang dah lama pendam nak beli this kebaya putih. Jadi bila dia dapat tahu aku nak pergi Bandung, terus dia suruh aku belikan dia kebaya tu.

Lepas tu kami terus pergi Nagoya untuk dia cari material buat kain nak matchingkan dengan kebaya yang bakal aku beli tu. Tak puas hati kat Nagoya, kami pergi plak Kamdar. Pukul 11 malam baru sampai rumah!

Zazila maafkan aku...

Aku tak tahu nak bagitau hang macam mana, jadi aku tulis entry ni untuk bagitau hang. Jangan marah aku tau, kenangkan persahabatan kita yang dah 18 tahun ni..hihi

Ingat lagi kita muda mudi kita pegi Cameroon Highland? (saja nak tagih simpati) hehe
Nanti aku pergi lagi aku belikan untuk hang (lepas aku kasik penumbuk si puaka dan suster ngesot).

Aku tak sengaja...

Raya Cina ni kita pergi Gua Tempurung ok..

Tuesday 10 February 2015

Mingalabar Myanmar ~ (Part 3) Bogyoke Market, Yangon

Khamis ( 8 Jan 2015)

Teksi kami berhenti di luar Bogyoke Market (aka Scott Market). Aku dah lupa teksi yang kami naik tu model apa tapi driver teksi ni cakap kalau kereta ni Myanmar ni plet warna merah adalah teksi.

Selesai bayar tambang teksi kami pun terjah ke dalam Bogyoke Market.Kami masuk dari arah tepi market (sebab teksi pun berhenti tepi jalan ja).

Barang di ingat Bogyoke Market tutup pada hari Isnin. Disebabkan itu juga la pasangan Province of Chroma ni nak terjah sini dulu sebab petang nanti dorang akan naik keretapi keluar Yangon dan akan kembali pada hari Isnin.

Aku lalang, jadi aku ikut je.

Sebenarnya aku ni ada itinerary ke takde ni? Kenapa lalang sangat? 

Jawapannya ialah aku malas nak beritinerary sangat dengan trip kali ni. Aku cuma mapkan dalam kepala otak ni hari sekian-sekian dimana? naik apa? Dan make sure hari ke 7 dah kena ada di Yangon.

Nikmat travel sorang kot..

Bersambung di kejadian kami di Bogyoke Market.

Kain-kayan. Mostly yang canti dia dah potong jual 2 meter (untuk buat longyi) tapi boleh minta untuk 4 meter. Harga agak mahal bagi aku.

Boleh terus tempah jugak tapi tak sure lah dorang boleh jahit baju kurung ke tak.
Kasut pun ada.
Ni manik-manik. Jual macam kat jalan TAR


2 minit kami jejak kaki dalam market ni kami di approach oleh sorang mamat ni. Rupanya ada servis escort untuk pelancong dalam market ni. Kira nya dia dapat komisen la kalau dia bawak kami ke kedai-kedai tertentu kemudian kami membeli di situ.

Lelaki pertama:

Compang-camping sikit pemakaian (t-shirt hitam dan seluar jeans pendek). Kemungkinan ada sedikit 'weng'. Dia bawak kami ke kawasan foodcourt dalam market. Ada gerai halal tapi kami tak makan pun situ. Takde gambar dia sebab tak sangka pun modus operandi macam ni.

Lelaki kedua :

Pakai kemeja lengan pendek berkain longyi (kain tradisi masyarakat Myanmar, kalau longyi perempuan cantik sikit, corak-corak, warna warni - almakluma la perempuan kan). Lelaki kedua ni agak 'rude'. Tak bukan agak lagi dah, memang 'rude'! Kemenangan rasanya bila dapat singkirkan dia ni.

Itu yang baju biru.
Lelaki ketiga :

Yang ketiga ni budak remaja lagi, pakai kemeja lengan panjang dan berkain longyi, rambut belah tepi. Selesa sikit dengan budak ni. Cakap pun tak banyak. Tapi akhir tu tak perasan pulak tiba-tiba je hilang.

Yang kiri sekali budak ketiga. Gambar Zara dari belakang tengah pilih FM :)
Kat sini aku beli gelang dan cincin jade. FM tak beli pun, sudahnya sampai balik pun tak beli jugak.

Beli tshirt kat adik beradik ni. Kedai kat tengah-tengah. Dapat 3,000 kyat setelah ditawar oleh Zara & FF. Aku pun tumpang sekaki.
Dari Bogyoke Market kami gerak keluar untuk cari restoran Halal. Dari buku nota Zara ada restoran Halal berdekatan dengan Sule Pagoda. 

Keluar melalui pintu depan Bogyoke Market
Sambil menapak sambil kami snap gambar disekitar jalan menuju Sule. 
Dari luar Bogyoke Market

Masjid depan Bogyoke. Tapi tak pegi riki pun Masjid apa. Banyak Masjid di Yangon ni tapi kena tengok lah yang mana Sunni yang mana Shiah.
Di sekitar kaki jalan.
Oh, ada tak aku mention yang kami bawak beg galas masing-masing masa ni? Beg galas aku je campur 2 beg total 12 kilo. Tapi aku tengok beg pasangan Zara dan FF lagi besar dari beg aku, jadi aku suspek mesti lagi berat.

Tapi lepas tu siapa orang yang pertama komplen nak tinggal beg? Aku la...

Aku dapati lorong-lorong di Yangon ni adalah selamat. In Shaa Allah

Hi kucing Burma :)
Alhamdulillah setelah berjalan berpandukan peta dan bertanya arah pada local. Kami pun sampai di hadapan restoran Nilar Briyani. Ada satu lagi restoran Halal iatu Innwa. Ini semua berdasarkan buku nota dari Zara & FF. Kalau tanya aku haram tak tahu..

Sebabnya aku yakin di Yangon ni senang nak jumpa Halal food.

  "Genius, full of doubt. Idiot, full of confident"

p/s : Kamera compact yang aku pinjam dari mak aku agak problem untuk hari pertama ni. Jadi gambar banyak yang ntah apa-apa.