Thursday, 9 March 2017

Korea Selatan - Sorae Ecology Park, Incheon

Holllaaaa...

Setelah berkurun lama bertapa dalam gua, arini meh kita update belog.

Hi kawan kawan, saya selalu baca blog kawan kawan cuma blog sendiri je buat tak pedulik. Rasaiin lorghhh kemalasan berganda ganda.... dan ganda lagi pastu bundarkan...

Semangat berkobar kobar nak update ke tempat lain tapi apa kata entry pertama tahun ni start dengan entry kuria dulu..hehe

Sorae Ecology Park

Since trip ke korea ni aku bawak semua second timer ke korea, depa tamo la lagi lagi pegi nami, lagi lagi pegi Myeongdong, eh Myeongdong pegi la. Wajib tu kalau perempuan kan. Siap bertapa tawaf lapanbelas kali.

Ok balik ke Incheon kita, SORAE ECOLOGY PARK terletak di Incheon sanun weh. Dah kata Incheon tu dekat dengan Airport tak jugak la. Naik tren line lain. Mau sejam jugak kalau dari airport tu. Kalau dari Seoul, dua jam ko melangut la dalam tren tu. Nak kata masa ni la nak pupuk budaya membaca, takdenya la..hahaha

Introduction 
The Sorae Ecology Park was once a facility used to produce salt until 1996. It wasn’t until 2009 that it became a park, restoring the mud flat, tidal channel, and making the closed salt field a ecological habitat for various marine life and migratory birds. The Sorae Ecology Park also provides a history to the facility and houses a Nature Learning Center, where visitors can experience sea salt production and learn more about the various wildlife and plants living in the marsh.

Closed 
very Monday & the day following National Holidays (If Monday is a national holiday, the next day will be closed.), New Year’s Day, Seollal (Lunar New Year’s Day) & Chuseok (Lunar New Year’s Day)

Operating Hours 
10:00-18:00 (Last admission is 1 hour before closing.)

Direction

Dari mana anda berada sila la naik Seoul subway ke Soraepogu Station ( Suin Line). Masa kami pergi ada satu exit saja di station ni.
Dari Soraepogu station jalan kaki ke Sorae Ecology Park (10 - 15 minit).
Masuk adalah percuma.

pepagi buta lagi kami dah bertolak. almaklum la jarak Seoul ke Soraepogu ni almost dua jam. 

bila masuk dalam kawasan park, nampak view ni. Ohsem!

Sebelum menjelajah kami cari port bukak bekal dulu. Sejuk beku pun masih ada yg berpicnic disini. Ayam masak merah ni gile spesel masak pagi pagi buta tadi. Siap ada daun limau import dari Malaysia. Ayam beli di Itaewon saja. Sebelah yg kelabu tu leftover sup ayam semalam. Ok la sekor ayam dapat makan dua kali.
Kami berkelah di tepi Information building ni. Lepas makan kami naik ke rooftop nak tengok view. Dalam ni ada la sikit Info berkenaan dengan Sorae Park 

Muka tahan cahaya matahari semua ni..haha Belakang sana (bawah) adalah tempat process garam. Siapa penah tgk Brave Family (edisi Laos) mesti tau process ni tapi sayang masa kami pegi ni musim luruh yang sikit lg nak ke winter, jadi takde lah dapat tengok.

View sebelah sana  plak. Sebenarnya masa kami datang ni tak tahu pun ada padang bunga merah merah ni. Ntah la nama apa padang ni. Kami anggap rezeki kami la dapat tengok dan turun bermain lumpur kat bawah tu..hahaha

Dari bangunan kat belakang tu kami turun kebawah dan naik jambatan ni.
Ini lah tujuan kami nak ke Sorae Ecology Park.



One for the album.
sapa gile bergambar boleh datang sini. Mmg ramai org shooting kat sini. Ada yg dari luar negara pun ada.




yang belakang tu nama di Pae. Misi dia nak photobom semua gambar orang.

Redha je la ko ada situ..haha

Ko jugak kan...





Kitaorang aim kincir angin yang belah kanan sebab tanak bagi nampak building putih kat belakang sana. Rasa mcm cecat plak ada building putih tu.

Kat tempat org, lalang pun cantik..

Selepas penat bergambar dan orang pun mcm dah makin nak ramai, kami pun mintak diri berundur dari kincir angin.
Misi kami nak kesini plak. Alang alang ada kan mari kita terjah.


bukan kami je syok main lumpur, orang depa pun sama jugak


Bye bye Sorae Ecology Park

Setelah itu kami pun beransur pulang semula ke Seoul, eh Myeongdong...hahahaha


7 comments:

  1. wah ni korea ke amsterdam..... comel jea sekarang. cantiknya

    ReplyDelete
  2. Cantiknya tempat ni.Nanti aku nak gi sini juga.

    ReplyDelete
  3. Lamanya jea sudah tak update your blog.. finally.. hehe..

    ReplyDelete
  4. bhahahaha kat tempat orang lalang pun cantik =)

    ReplyDelete